Kisah Mentor Saya

Haa, kenal tak gambar siapa di sebelah saya??  Bagi anda yang mengikuti blog saya pasti dapat kenal beliau yang handsome ini :) Itulah Abang abu yang merupakan mentor saya dan anda semua. Saya sudah kenal Abang abu sudah setahun. Sejak itu kami jadi kawan rapat sepeti satu keluarga dan kongsi ilmu masing-masing. Tidak lama lagi produk kami berdua akan dipasarkan. Sila lihat web kami berdua ini :- www.rahsia5a.com . Orangnya simple, kelakar, serius dalam perniagaan, berwawasan tinggi, gaya percakapan yang menarik, tidak memandang rendah pada orang lain dan banyak lagi sifat dia yang nak dikatakan disini. Kalau anda jumpa Abang Abu, anda akan dapat lihat penampilan hero kita ini..

Hari ini saya nak ceritakan latar belakang Abang Abu dengan anda…bagaimana beliau menjadi jutawan selepas peristiwa tragis. Kisah ini saya dengar sendiri bersama Dr Azizan semasa kami di buat perjumpaan kali pertama di Hotel Cititel MidVelly. Sekiranya anda mahu lihat perjumpaan kami, klik sini… Sesiapa dengar cerita Abang Abu, pasti anda tak dapat tahan kesedihan ini dan bersemangat untuk menjadi Jutawan seperti beliau..

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Kenangan Di Hotel Berjaya

Hai, apa khabar semua.. Harap anda sihat selalu ya . Kalau tidak sihat, jumpalah doktor ya.. Nanti sakit, buat susah diri je.. Hari itu saya telah janji pada anda untuk post kenangan di Konvesyen Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ).. Gambar ini di ambil pada 17 Januari 2010. Mari kita lihat aksi mereka :-

1 – Gambar 3 Jutawan : Mereka menjawab soalan peserta

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

20 Terkaya Di Dunia

Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..

1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion – Oracle – AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion – Aldi – Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion – Aldi – Trader Joe’s – Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion – Zara – Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion – Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart – AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion – Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion – LVMH – Perancis)
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion – Hong Kong)
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion – Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion – Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch (AS$14 bilion – Pembuatan, Tenaga – AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) – Pembuatan, Tenaga – AS)

Nasihat Warren Buffet
Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?..
Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Dari Kosong Sampai Jutawan

Hari ini saya ingin minta maaf kerana tidak update blog baru-baru ini. Ini disebakan batuk yang berlarutan. Anda jangan ingat ini batuk biasa kerana batuk ini amat ganjil sekali.. iaitu batuk jutawan :) hehehe.. Anda tidak percaya?? Jangan bimbang kerana nanti anda akan alami seperti mana saya alami :D

Baiklah, hari ini saya akan ceritakan pada anda peristiwa 17 Januari tahun 2010. Peristiwa ini sangat penting buat semua.. Pada 17 Januari, berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar-gambar kenangan manis buat anda semua.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu
permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Jadikan Gmail Anda Seperti Ninja

Hari ni saya nak kongsi tentang ilmu yang saya jumpa. Ilmu ini berkaitan dengan GMAIL. Pada saya Google lebih bagus lagi dari Yahoo kerana ia lebih laju. Ramai pengguna terlepas pandang mengenai GMAIL ini.  Cuba lihat gambar di bawah :-

gmail_ninja

Di kenali sebagai GMail Ninja, tips-tips penggunaan GMail dibahagikan kepada empat tahap berbeza, iaitu White belt, Green belt, Black belt dan juga GMail Master. Seperti biasa, White belt menyediakan tips-tips asas, manakala GMail Master menyediakan tips-tips yang boleh digunakan oleh para pengguna GMail yang sudah biasakan diri mereka dengan tips-tips asas.

Menariknya, tips ini juga didatangkan dalam bentuk PDF yang mana anda boleh simpan atau cetak untuk membuat rujukan pada masa kelak.

Tahap GMail saya ialah GMail Master.. Jadi, apakah tahap penggunaan GMail Ninja anda?

  • Share/Bookmark

Petua Menjaga Laptop

Saya bertanya seorang rakan yang berpengalaman dalam komputer.. Saya tanya pada dia, ada tak petua jaga laptop supaya dapat tahan lasak.. Dia pun beri tip dibawah ini :-

  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet…
  • Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
  • Papan Kunci : Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
  • Skrin LCD : Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

Haa, itulah ilmu yang penting buat kita semua.. Anda ada ilmu lagi nak dikongsi cara menjaga laptop dengan baik??

  • Share/Bookmark

Hati-Hati Dengan Email ‘Maybank’

maybank1

Pagi ni sejuk betul la.. Tapi mood saya tak berapa baik kerana terima 3 email ‘jenayah cyber‘ yang berleluasa hari nie iaitu email seperti Maybank. Anda tentu marah jika terima email yang mencurigakan datangnya seperti Maybank.

Saya harap anda tidak tertipu dengan email ini.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Belanja Untuk Makan

Hari ini saya mahu kongsi bersama anda Tip Kewangan. Walaupun saya bukan pakar dalam kewangan, tapi saya sering ikuti di akhbar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu saya sering ikuti di blog Abang Abu ( Jutawan Singapore) bagi memantapkan ilmu di dada.

Baiklah, mari kita kongsi ilmu yang amat berguna ini. Adakah anda tahu, keperluan makan merupakan perbelanjaan ketiga tertinggi selepas bayaran rumah dan kereta.

Cuba anda tinjau, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk makan di luar? Mengikut kajian yang saya buat, para pekerja paling susah untuk elak, jika sehari sekali sarapan RM3 (roti canai dan minuman) diikuti tengah hari, nasi campur dan minuman RM5 dan bagi mereka minum petang pula RM3. Jadi semuanya adalah RM11 dalam sehari.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Perniagaan Untuk Mahasiswa

Hari ini Master Arsyad ingin kongsi satu jenis perniagaan mahasiswa. Ramai yang tidak tahu bagaimana nak mulakan perniagaan ketika anda masih belajar.. Tanpa membuang masa, teruskan bacaan anda agar anda dapat memulakan perniagaan yang sebenar ketika kamu masih digelar pelajar dan mahasiswa.

Seorang rakan menyuarakan keinginan untuk memulakan perniagaan. Saya beritahu pada beliau bahawa perniagaan ini bukan magik tanpa risiko dan beliau perlu berani dan perlu bermula. Ingatlah kata-kata hikmah ini wahai rakan-rakanku disana :-

Kita tidak perlu kuat untuk bermula tapi kita perlu bermula untuk kuat.

Di sini Master Arsyad ingin senaraikan perniagaan mudah yang boleh anda jalankan dengan modal yang minimum. Ingat ini, prospek anda adalah rakan-rakan dan penghuni kampus sekeliling anda.. Letakkan 1 matlamat iaitu ambil duit mereka secara sah..

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark