Archive for December, 2009
Belanja Untuk Makan
Hari ini saya mahu kongsi bersama anda Tip Kewangan. Walaupun saya bukan pakar dalam kewangan, tapi saya sering ikuti di akhbar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu saya sering ikuti di blog Abang Abu ( Jutawan Singapore) bagi memantapkan ilmu di dada.
Baiklah, mari kita kongsi ilmu yang amat berguna ini. Adakah anda tahu, keperluan makan merupakan perbelanjaan ketiga tertinggi selepas bayaran rumah dan kereta.
Cuba anda tinjau, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk makan di luar? Mengikut kajian yang saya buat, para pekerja paling susah untuk elak, jika sehari sekali sarapan RM3 (roti canai dan minuman) diikuti tengah hari, nasi campur dan minuman RM5 dan bagi mereka minum petang pula RM3. Jadi semuanya adalah RM11 dalam sehari.
Incoming search terms for the article:
Perniagaan Untuk Mahasiswa
Hari ini Master Arsyad ingin kongsi satu jenis perniagaan mahasiswa. Ramai yang tidak tahu bagaimana nak mulakan perniagaan ketika anda masih belajar.. Tanpa membuang masa, teruskan bacaan anda agar anda dapat memulakan perniagaan yang sebenar ketika kamu masih digelar pelajar dan mahasiswa.
Seorang rakan menyuarakan keinginan untuk memulakan perniagaan. Saya beritahu pada beliau bahawa perniagaan ini bukan magik tanpa risiko dan beliau perlu berani dan perlu bermula. Ingatlah kata-kata hikmah ini wahai rakan-rakanku disana :-
Kita tidak perlu kuat untuk bermula tapi kita perlu bermula untuk kuat.
Di sini Master Arsyad ingin senaraikan perniagaan mudah yang boleh anda jalankan dengan modal yang minimum. Ingat ini, prospek anda adalah rakan-rakan dan penghuni kampus sekeliling anda.. Letakkan 1 matlamat iaitu ambil duit mereka secara sah..
Incoming search terms for the article:
Siapa Sebenarnya Kita?
Sebelum memulakan seminar, Prof. Zahin mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
“Siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin..Semua peserta mengangkat tangan.”Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu “. Prof Zahin meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?”Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Zahin mengangguk dan mencebikkan bibir.
“Okey apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Zahin memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
“Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.
“Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?” tanya Prof Zahin lagi. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Zahin.
“Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.”"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof Zahin. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Prof Zahin mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
“Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.”
“Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?” jelas Prof Zahin.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu…
Moral: Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita. Kita sendiri yang menilai diri kita… dan itulah nilainya.
* Apa yang anda dapat rasakan pada diri anda mengenai artikel ini..?
Konvesyen Jutawan
Nampaknya preview percuma konvensyen
“Dari Kosong Sampai Jutawan” telah berjalan
lancar dan mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Para peserta preview ini terus
sahaja mendapatkan tiket untuk ke konvensyen
“Jutawan Sebenar” yang akan diadakan di KL
pada 17 Januari 2010 ini.
Ini kerana mereka tahu apa yang akan mereka
terima daripada 6 orang jutawan hebat yang
diiktiraf di Malaysia dan sering dipaparkan
kejayaan mereka ini di media-media tempatan.
Makluman:
Harga tiket untuk ke seminar ini
adalah RM899 pada ketika ini.
Beberapa persoalan dan jawapan yang mungkin dapat
membantu anda membuat penilaian berkaitan
Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ)
1. Apa faedah yang akan saya perolehi dengan menyertai DKSJ?
Faedah yang akan diperolehi tidak ternilai kerana anda akan dapat
bertemu secara langsung panel 6 Jutawan yang dengan rela hati
berkongsi rahsia kejayaan mereka. Anda juga akan mendapat peluang
menjalinkan kolaborasi perniagaan di sesi permainan jutawan dan sesi
networking. Satu peluang yang terlalu hebat untuk dilepaskan.
2. Berapa ramai panel JUTAWAN di DKSJ?
6 Jutawan
3. Siapa mereka?
Irfan Khairi, Azman Ching, Abang Abu, Billi Lim dan Chef Li dan Azizi Ali.
Incoming search terms for the article:
Cara Mulakan Blog

Hari ini saya nak ajarkan anda asas berblog. Ramai yang tidak tahu apa asasnya. Kadang-kadang mereka tersilap berblog dan gunakan pada jalan yang salah.. Anda tahulah kan macam mana mereka gunakan blog pada jalan yang salah..
Di internet, banyak topik yang boleh dibincangkan.. Saya akan terangkan cara blog dengan betul..
1 – Minat Anda
Ya, anda kena tahu apa minat anda. Bila anda sudah tahu, pasti senang nak buat artikel. Jangan ambil minat yang susah seperti anda minat pada memancing tetapi anda menulis mengenai memasak. Ini akan memakan masa berjam-jam untuk membuat sesuatu artikel. Bila anda buat begitu, para pelawat anda pasti bosan dengan artikel yang anda sediakan. Anda fikirkan dalam-dalam kemudian catatkan. Tapi ingat minat adalah penting untuk sesuatu pekerjaan.
2 – Minat Orang lain
Ini juga penting buat anda. pastikan blog anda diminati pelawat. Saya percaya jika anda cerita mengenai masakan atau pancing pasti ada pelawat ingin bertukar pendapat atau hobi masing-masing. Sama macam anda berada di kedai kopi, bila anda buka cerita pasti mereka akan pasang telinga untuk mendengar cerita anda. Untuk mengetahui topik blog yang mereka minati atau tidak senang saja. Anda klik sini : Google AdWords: Keyword Tool. Masukkan kata kunci atau keyword. Di situ anda boleh lihat bilangan topik yang pelawat minat. Cara inilah saya selalu gunakan sebelum memulakan cerita.
3 - Banyak Persaingan
Anda terpaksa bersaing dengan semua blogger bila anda baru memulakan sesuatu topik. Bila cerita hangat atau top pasti persaingan sengit berlaku. Anda perlu gunakan kreativiti untuk menawan pelawat anda. Bila anda berjaya menawan hati pelawat, mereka tidak akan sabar untuk artikel anda seterusnya.
Itu sahaja yang saya ingin terangkan pada anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Jika anda ada idea lain, sila tinggalkan pendapat anda supaya kita sama-sama kongsi ilmu.
Pentingnya Soalan Membentuk Motivasi Minda

Soalan sangat penting kepada kita untuk membantu kita dalam meningkatkan keperibadian yang bermotivasi tinggi. Saya tahu, ramai diantara kita mempunyai soalan yang tersendiri. Tapi malangnya, ada soalan yang terlintas dalam kotak minda anda seperti soalan yang boleh menjatuhkan motivasi kita dan seterunya boleh menjadikan kita lemah dalam semua aspek.
Untuk membentukkan minda yang bermotivasi tinggi, semua itu bermula dengan persoalan, tanggapan dan segala apa yang terlintas di kotak pemikiran kita.
mari kita lihat contoh soalan di bawah :-
Soalan 1 : Kenapa ramai orang yang tidak mahu berkawan dengan aku?
Soalan 2 : Perkara apa penting untuk menarik perhatian orang ramai?
Soalan 1, membawa keperibadian kita sebagai seorang yang pasif tetapi jawapan negatif akan menyelubungi minda kita. Soalan 2, amat berbeza kerana ia akan memberikan pemikiran kita agar lebih berusaha memikirkan bagaimana menangani masalah yang dihadapi.
Sekiranya anda seorang usahawan, binakan minda yang positif yang boleh membawa anda ke puncak kejayaan. Contoh soalan yang terdapat dalam pemikiran usahawan :-
Soalan 1 :- Kenapa perniagaan aku tiada peningkatan?
Soalan 2 :- Bagaimana aku boleh meningkatkan perniagaan bertambah maju?
Fikirkanlah…Saya berharap anda dapat bentukkan persoalan yang membawa diri minda anda agar terus berusaha mencari penyelesaian daripada berusaha memikirkan sebab kegagalan demi kegagalan yang tidak membawa penyelesaian.
Semoga perkongsian saya kali ini dapat meningkatkan daya pemikiran anda untuk membentuk motivasi minda anda agar lebih cemerlang pada masa akan datang. Anda boleh kongsikan idea/pendapat anda berkaitan topik ini. Bukankah ia boleh membantu pemikiran kita dan membantu masyarakat yang membaca?




