Archive for January, 2010
20 Terkaya Di Dunia
Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..
1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion – Oracle – AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion – Aldi – Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion – Aldi – Trader Joe’s – Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion – Zara – Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion – Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart – AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion – Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion – LVMH – Perancis)
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion – Hong Kong)
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion – Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion – Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch (AS$14 bilion – Pembuatan, Tenaga – AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) – Pembuatan, Tenaga – AS)
Nasihat Warren Buffet
Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?..
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Dari Kosong Sampai Jutawan
Hari ini saya ingin minta maaf kerana tidak update blog baru-baru ini. Ini disebakan batuk yang berlarutan. Anda jangan ingat ini batuk biasa kerana batuk ini amat ganjil sekali.. iaitu batuk jutawan
hehehe.. Anda tidak percaya?? Jangan bimbang kerana nanti anda akan alami seperti mana saya alami
Baiklah, hari ini saya akan ceritakan pada anda peristiwa 17 Januari tahun 2010. Peristiwa ini sangat penting buat semua.. Pada 17 Januari, berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar-gambar kenangan manis buat anda semua.
Incoming search terms for the article:
Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu
permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Jadikan Gmail Anda Seperti Ninja
Hari ni saya nak kongsi tentang ilmu yang saya jumpa. Ilmu ini berkaitan dengan GMAIL. Pada saya Google lebih bagus lagi dari Yahoo kerana ia lebih laju. Ramai pengguna terlepas pandang mengenai GMAIL ini. Cuba lihat gambar di bawah :-

Di kenali sebagai GMail Ninja, tips-tips penggunaan GMail dibahagikan kepada empat tahap berbeza, iaitu White belt, Green belt, Black belt dan juga GMail Master. Seperti biasa, White belt menyediakan tips-tips asas, manakala GMail Master menyediakan tips-tips yang boleh digunakan oleh para pengguna GMail yang sudah biasakan diri mereka dengan tips-tips asas.
Menariknya, tips ini juga didatangkan dalam bentuk PDF yang mana anda boleh simpan atau cetak untuk membuat rujukan pada masa kelak.
Tahap GMail saya ialah GMail Master.. Jadi, apakah tahap penggunaan GMail Ninja anda?
Petua Menjaga Laptop
Saya bertanya seorang rakan yang berpengalaman dalam komputer.. Saya tanya pada dia, ada tak petua jaga laptop supaya dapat tahan lasak.. Dia pun beri tip dibawah ini :-
- Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
- Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet…
- Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
- Papan Kunci : Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
- Skrin LCD : Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.
Haa, itulah ilmu yang penting buat kita semua.. Anda ada ilmu lagi nak dikongsi cara menjaga laptop dengan baik??
Incoming search terms for the article:
Hati-Hati Dengan Email ‘Maybank’

Pagi ni sejuk betul la.. Tapi mood saya tak berapa baik kerana terima 3 email ‘jenayah cyber‘ yang berleluasa hari nie iaitu email seperti Maybank. Anda tentu marah jika terima email yang mencurigakan datangnya seperti Maybank.
Saya harap anda tidak tertipu dengan email ini.






