Archive for March, 2010
Workshop Usahawan Ebook
Usahawan Istimewa berusia 23 tahun, kongsi cara buat duit menerusi EBOOK untuk meraih pendapatan 5 angka sebulan.
Master Arsyad akan membongkar rahsia sambil berkongsi ilmu dan kemahiran pada 28 Mac ini di KLIH Kuala Lumpur.
Workshop anjuran MyMagneticMenu.Com ini akan diadakan bermula 9 pagi hingga 1 ptg.
Beliau akan menyentuh 8 KAEDAH kilat yang menjadi intipati workshop, antaranya:
- Idea Paling Hot
- Niche Paling Popular
- 10 Tips Kaedah Penulis
- Strategi Web Jualan
- 2 Kaedah Promosi
- 6 Iklan Hot
- Kaedah Pakar
- 5 Pasaran Internet Terbaik
Hadiah misteri bernilai RM70 serta diskaun 10% perkhidmatan pembinaan web dari Master Arsyad menanti peserta. Hadiah-hadiah istimewa juga akan diberikan kepada para peserta yang bertuah.
Untuk Maklumat lanjut sila klik Gambar dibawah
Usahawan Istimewa Pernah Raih RM13,000 Sebulan Niaga Ebook
( gambar bersama wartawan Encik Rosebi Mohd Sah)
Oleh
Rosebi Mohd Sah
ENCIK Arshad Mohd Yusof, 23 tahun, cacat anggota sejak berusia tiga tahun disebabkan menghidapi penyakit berkaitan saraf tulang belakang.
Namun, kekurangan fizikal itu tidak menghalang belia dari Kedah itu menjadi antara peniaga Internet popular di negaranya dengan menjadikannya kerjaya sepenuh masa.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Master Arshad kerana kepakaran dalam e-book (buku elektronik), pernah meraih RM13,000 sebulan menerusi perniagaannya menjual pelbagai buku karangannya sendiri menerusi e-book.
Master Arshad baru-baru ini berkongsi pengalaman dan kemahiran itu setelah diundang menjadi penceramah dalam bengkel bertajuk ‘Bagaimana Berniaga Menerusi E-book dan Pasaran Internet’ anjuran Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Yen@SMCCI.
Anak kedua tiga beradik itu berkata beliau menamatkan sekolah rendah dan menengah di Kedah dan kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah agama dan bahasa Arab selama dua tahun.
Menurutnya, semasa di sekolah agama, mantan guru agamanya, Allahyarham Ustaz Sha’ari Ishak, memberi dorogan kuat supaya beliau mendalami ilmu dalam bidang Internet kerana ia dapat membuka pelbagai peluang perniagaan bagi dirinya.
Encik Arshad dikenal pasti gurunya itu kerana kelebihannya dalam mengarang pelbagai buku cerita di samping penguasaan penulisan dalam bahasa Melayu.
‘Atas dorongan ustaz saya itu, saya pun mula meneroka dan mempelajari teknik berniaga menerusi Internet melalui YouTube dan laman blog menggunakan komputer riba yang dibelikan oleh ibu bapa saya.
‘Saya dengan penuh minat dan kesabaran mengambil masa hampir setahun mengikuti kursus itu secara bersendirian dengan menterjemahkannya daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu sehinggalah saya dapat menguasai kemahiran teknik berniaga,’ jelasnya.
Beliau pada mulanya menghasilkan pelbagai reka bentuk grafik yang boleh digunakan bagi kulit buku dalam e-book.
‘Saya mulanya memberi percuma dengan menghantar reka bentuk grafik kulit buku itu kepada ramai pengguna Internet yang berminat dengan reka bentuk yang saya hasilkan.
‘Sehingga 30 orang saya beri percuma sehinggalah teman baik saya menyarankan agar saya menjual hasil grafik saya itu bagi meraih pendapatan kerana ternyata terdapat permintaan yang tinggi,’ tambahnya.
Menurutnya lagi, sejak akhir 2008 hingga sekarang beliau menghasilkan lebih 300 reka bentuk bagi kulit buku yang dipasarkan.
Master Arshad kemudian mengembangkan bakat penulisannya dengan menghasilkan pelbagai buku cerita termasuk ceritacerita berunsurkan agama, cinta dan jenaka yang dijualnya menerusi e-book.
Katanya, e-book yang dipasarkan itu mendapat sambutan dengan pendapatan RM400 sebulam walaupun usahanya tidak begitu serius.
‘Sambutan awal itu memberi saya kepercayaan bahawa hasil karya saya itu boleh dijual dan saya mulai serius dalam bidang itu,’ tambahnya.
Beliau kemudian menghasilkan lima jenis buku dalam satu laman. Buku-buku itu termasuk buku motivasi, minda, kewangan dan soal bercinta.
‘Tidak terduga perniagaan saya meningkat dengan banyaknya daripada lima buku bahasa Melayu yang saya hasilkan itu.
‘Ia mendapat sambutan ramai pengguna Internet di Malaysia sehingga perniagaan saya mencapai kemuncak dengan menjana pendapatan RM13,000 sebulan pada Februari tahun lalu,’ tambahnya.
Incoming search terms for the article:
Workshop Singapore Kali Ke2
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
Pada hari Ahad lepas (7.3.2010), Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Yen@SMCCI disokong oleh syarikat perunding cara Internet, Ed Borhan Pte Ltd, dan Now Asia (Chicago Style LLP). telah mengadakan bengkel maraton tentang penggunaan e-book (buku elektronik) dan menggunakan Internet bagi tujuan meningkatkan penjualan perniagaan. Bengkel ini dihadiri oleh 15 peserta.
Bengkel Maraton Tingkat Niaga Internet
Rosebi Mohd Sah
Bagi memanfaatkan sepenuh tujuan itu, Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Yen@SMCCI akan mengadakan bengkel maraton tentang penggunaan e-book (buku elektronik) dan menggunakan Internet bagi tujuan meningkatkan penjualan perniagaan.
Incoming search terms for the article:
Ayat Motivasi Dari Al-Quran
Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…
Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…







