Belanja Untuk Makan

Hari ini saya mahu kongsi bersama anda Tip Kewangan. Walaupun saya bukan pakar dalam kewangan, tapi saya sering ikuti di akhbar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu saya sering ikuti di blog Abang Abu ( Jutawan Singapore) bagi memantapkan ilmu di dada.

Baiklah, mari kita kongsi ilmu yang amat berguna ini. Adakah anda tahu, keperluan makan merupakan perbelanjaan ketiga tertinggi selepas bayaran rumah dan kereta.

Cuba anda tinjau, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk makan di luar? Mengikut kajian yang saya buat, para pekerja paling susah untuk elak, jika sehari sekali sarapan RM3 (roti canai dan minuman) diikuti tengah hari, nasi campur dan minuman RM5 dan bagi mereka minum petang pula RM3. Jadi semuanya adalah RM11 dalam sehari.

Dalam sebulan, para pekerja bekerja selama 20 hari dan jumlah belanja anda adalah RM220. Jika Setahun,ia sudah menjadi RM2640. bayangkan anda sudah bekerja selama 10 tahun.. maknanya anda sudah belanja RM26 400 untuk makan diluar. Kalau kita buat kiraan seperti ini baru kita tersedar yang kita asyik ketawakan “rakan sekerja” yang bawa roti dari rumah. Dalam masa sepuluh tahun bekerja, beliau sudah berjaya menyimpan RM26 400.

Tidak hairanlah kan, apabila orang kata tidak penting berapa banyak gaji seseorang itu dapat yang penting berapa banyak yang disimpan ataupun berapa banyak yang dia berbelanja. Ini tidak termasuk yang berbelanja keluar masa hujung minggu bersama keluarga di kedai-kedai restoran fast food di bandar-bandar besar.

Saya pernah berborak dengan kawan saya yang berbangsa Cina sewaktu menunggu tiket bas dan beliau ada beritahu saya ”…saya tak suka makan luar sebab banyak aji- no-motolah dan minyak yang mereka gunakan kotorlah.”.

Selalu memang kita fikir yang kaum Cina paling banyak makan atau berbelanja di luar tetapi ternyata ada di kalangan mereka juga tidak suka makan di luar.

Kalau dulu, hanya siaran masak-memasak di TV, jadi bolehlah para suri rumah belajar

resepi-resepi baru dan memasaknya di rumah, tetapi sekarang bermacam pula siaran mengajak penonton makan di luar. Selain dari keenakan menjadi tarikan restoran yang dipertontonkan, budaya makan luar ini juga ada kena-mengena dengan trend masa kini… Borak-borak bab makan… biasa ditanya, ”Awak pernah makan di Restoran A?” jawapannya pula, ”Tak pernah,”. Jadi si penanya cakap balik, ”Hai… takkan tak makan luar kot?” dengan nada yang sinis atau mengejek. Ini mungkin yang tidak mahu didengar lalu diajaklah keluarga atau pasangan ke tempat makan yang disyorkan untuk ’merasa’ dan menjadi salah seorang dari ’geng makan luar’.

Apabila sudah makan luar, segan pula hendak suruh anak-anak baca doa nanti semua orang tengok, jadi semua baca senyap-senyap atau dalam hati saja. Jadi nilai ke-Islaman yang ingin diterapkan semasa di meja makan menghadap rezeki yang Allah berikan terbantut.

Berikut adalah di antara sebab-sebab kita harus mengurangkan makan di luar:
1) Jimat wang.
2) Masakan di rumah lebih terjamin kebersihannya serta kehalalannya.
3) Jimat masa – tidak payah sangkut dalam kesesakan jalan raya.
4) Boleh berbual lebih selesa di rumah, lebih-lebih lagi jika yang hendak dibincangkan itu agak sensitif.
5) Anak kecil masih boleh berlari dengan bebas di rumah sendiri .
6) Tidak ada masalah parking.
7) Isteri boleh melayan suami dan anak-anak.

Apa pendapat anda mengenai arikel ini? Jika anda mempunyai idea, bolehlah kongsi di sini agar kita sama-sama dapat berkongsi dan membantu para pembaca.

© 2009 – 2010, Master Arsyad. All rights reserved.

Incoming search terms for the article:

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
[+] kaskus emoticons

Produk Master Arsyad

Sedang Intai Blog Ini
Perhatian
Sila guna mozilla firefox @ google chrome agar anda nampak web yang cantik. Internet explore tidak bagus melihat web ini. Anda akan nampak perbezaan mozila firefox @ google chrome Vs Internet Explore.
Jadi Fan Club, Dapat Duit

Untuk tutorial sila klik sini

Nak Duit!! Klik Sini
Daftar Email

Masukkan email anda untuk mendaftar (percuma) di bawah supaya mudah untuk anda mendapat berita dan artikel terkini dari blog Master Arsyad. :

Isikan Email Anda Dan Klik Subscribe

Tulisan Master
Jom Jadi Member
Komen Paling Tinggi
  1. Kamaruddin Hassan Kamaruddin Hassan (13)
  2. Faiz Al-Faruqi Faiz Al-Faruqi (4)
  3. DLSJ Sahrul DLSJ Sahrul (3)
  4. Fauzi ahmad Fauzi ahmad (3)
  5. mohamad azfar mohamad azfar (3)
  6. azfar azfar (2)
  7. Hafiz Hafiz (2)
  8. hafizahazlan hafizahazlan (2)
  9. Joe Joe (2)
  10. Master Yus Master Yus (2)
  11. shahrulfaizi shahrulfaizi (2)
Sponsor