Bengkel Maraton Tingkat Niaga Internet
Rosebi Mohd Sah
Bagi memanfaatkan sepenuh tujuan itu, Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Yen@SMCCI akan mengadakan bengkel maraton tentang penggunaan e-book (buku elektronik) dan menggunakan Internet bagi tujuan meningkatkan penjualan perniagaan.
Bengkel sehari pada Ahad ini yang akan diadakan di bangunan Dewan, Jalan Pinang, disokong oleh syarikat perunding cara Internet, Ed Borhan Pte Ltd, dan Now Asia (Chicago Style LLP).
Bengkel itu akan menampilkan dua penceramah yang mahir dalam bidang Internet dan e-book – pemilik syarikat Ed Borhan Pte Ltd, Encik Nur Shaheed Borhan; dan pakar FaceBook dari Kedah, Encik Arshad atau lebih dikenali sebagai Master Arshad.
Berkerusi roda dan sebagai usahawan berusia 23 tahun, Encik Arshad belajar sendiri kursus-kursus Internet secara dalam talian selama setahun lebih untuk meningkatkan kemahirannya dalam pelbagai bidang Internet.
Dengan kemahiran teknologi maklumat (IT) itu, beliau, yang suka mengarang buku dalam bahasa Melayu di Malaysia, kini dapat menjual hasil karyanya menerusi Internet dan menjana sekitar RM13,000 ($5,400) sebulan.
‘Para peserta bengkel ini akan diajar bagaimana mencari pelbagai idea dan inspirasi untuk menulis e-book peribadi mereka sendiri dengan menggunakan sofwe e-book yang akan disediakan secara percuma semasa bengkel itu.
‘Satu lagi ilmu yang akan diajar kepada para peserta dalam bengkel itu ialah bagaimana memaksimumkan keuntungan perniagaan menerusi penggunaan pasaran Internet,’ kata Encik Abuayubul Ansari, Pengerusi Yen@SMCCI.
E-book peribadi dapat mengasingkan seseorang daripada pesaingnya. Ia boleh menggalakkan masyarakat awam supaya menjalankan perniagaan secara langsung dengan pemilik e-book peribadi itu.
Pelbagai maklumat dan tip seperti bagaimana untuk menentukan harga dan memasarkan e-book juga akan dikongsi dalam bengkel tersebut.
Bagi mereka yang tidak mempunyai komputer riba peribadi, bengkel itu telah mendapatkan syarikat penyewa komputer, Buttersnapz, untuk menyediakan komputer riba bagi para peserta semasa bengkel tersebut.
Seminar dalam bahasa Melayu itu akan diadakan dari 8.30 pagi hingga 8 malam dan disertakan dengan jamuan.
Bayaran $350 dikenakan bagi bengkel sepanjang hari itu. Namun Yen@SMCCI akan menyediakan cara pembayaran fleksibel bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi syarikat NowAsia di talian 6220-0701 atau 9146-3164 atau 8364-7260.
© 2010, Master Arsyad. All rights reserved.






Tahniah Saudara Arsyad,
Yang saudara nak buat kat Singapura pada 7 Mac 2010 (1 hari)ni sama ke dengan yang kat KL pada 28 Mac 2010 (4 jam)?
Selepas semua “tools” dah ada,saya rasa yang paling susah / challenging ialah bagaimana nak buat orang buka website kita dan klik butang “Buy Now”.
Kamaruddin, Shah Alam, Sabtu 6 Mac 2010 @ 7.20 pagi
Master Arsyad Reply:
March 6th, 2010 at 8:24 AM
terima kasih tuan kamaruddin sebab selalu singgah di blog saya.. workshop minggu ini ialah workshop siri ke-2 tak sama dengan di KL sebab di KL kita buat workshop siri-1.
pasal tool tu kita akan ajar di workshop siri-2..