Archive for the ‘ Motivasi ’ Category

Ayat Motivasi Dari Al-Quran

Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…

Sahabatku,

Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu
permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark

Siapa Sebenarnya Kita?

Sebelum memulakan seminar, Prof. Zahin mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

“Siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin..Semua peserta mengangkat tangan.”Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu “. Prof Zahin meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?”Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Zahin mengangguk dan mencebikkan bibir.

“Okey apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Zahin memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

“Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

“Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?” tanya Prof Zahin lagi. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Zahin.

“Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.”"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof Zahin. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Zahin mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

“Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.”

“Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?” jelas Prof Zahin.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu…

Moral: Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita. Kita sendiri yang menilai diri kita… dan itulah nilainya.

* Apa yang anda dapat rasakan pada diri anda mengenai artikel ini..?

  • Share/Bookmark

Pentingnya Soalan Membentuk Motivasi Minda

soalan

Soalan sangat penting kepada kita untuk membantu kita dalam meningkatkan keperibadian yang bermotivasi tinggi. Saya tahu, ramai diantara kita mempunyai soalan yang tersendiri. Tapi malangnya, ada soalan yang terlintas dalam kotak minda anda seperti soalan yang boleh menjatuhkan motivasi kita dan seterunya boleh menjadikan kita lemah dalam semua aspek.

Untuk membentukkan minda yang bermotivasi tinggi, semua itu bermula dengan persoalan, tanggapan dan segala apa yang terlintas di kotak pemikiran kita.

mari kita lihat contoh soalan di bawah :-

Soalan 1 : Kenapa ramai orang yang tidak mahu berkawan dengan aku?
Soalan 2 : Perkara apa penting untuk menarik perhatian orang ramai?

Soalan 1, membawa keperibadian kita sebagai seorang yang pasif tetapi jawapan negatif akan menyelubungi minda kita. Soalan 2, amat berbeza kerana ia akan memberikan pemikiran kita agar lebih berusaha memikirkan bagaimana menangani masalah yang dihadapi.

Sekiranya anda seorang usahawan, binakan minda yang positif yang boleh membawa anda ke puncak kejayaan. Contoh soalan yang terdapat dalam pemikiran usahawan :-

Soalan 1 :- Kenapa perniagaan aku tiada peningkatan?
Soalan 2 :- Bagaimana aku boleh meningkatkan perniagaan bertambah maju?

Fikirkanlah…Saya berharap anda dapat bentukkan persoalan yang membawa diri minda anda agar terus berusaha mencari penyelesaian daripada berusaha memikirkan sebab kegagalan demi kegagalan yang tidak membawa penyelesaian.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat meningkatkan daya pemikiran anda untuk membentuk motivasi minda anda agar lebih cemerlang pada masa akan datang. Anda boleh kongsikan idea/pendapat anda berkaitan topik ini. Bukankah ia boleh membantu pemikiran kita dan membantu masyarakat yang membaca? :)

  • Share/Bookmark