Archive for the ‘Tip Komputer’ Category

Petua Menjaga Laptop

Saya bertanya seorang rakan yang berpengalaman dalam komputer.. Saya tanya pada dia, ada tak petua jaga laptop supaya dapat tahan lasak.. Dia pun beri tip dibawah ini :-

  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet…
  • Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
  • Papan Kunci : Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
  • Skrin LCD : Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

Haa, itulah ilmu yang penting buat kita semua.. Anda ada ilmu lagi nak dikongsi cara menjaga laptop dengan baik??

Incoming search terms for the article:

  • Share/Bookmark
Produk Master Arsyad

Sedang Intai Blog Ini
Perhatian
Sila guna mozilla firefox @ google chrome agar anda nampak web yang cantik. Internet explore tidak bagus melihat web ini. Anda akan nampak perbezaan mozila firefox @ google chrome Vs Internet Explore.
Jadi Fan Club, Dapat Duit

Untuk tutorial sila klik sini

Nak Duit!! Klik Sini
Daftar Email

Masukkan email anda untuk mendaftar (percuma) di bawah supaya mudah untuk anda mendapat berita dan artikel terkini dari blog Master Arsyad. :

Isikan Email Anda Dan Klik Subscribe

Tulisan Master
Jom Jadi Member
Komen Paling Tinggi
  1. Kamaruddin Hassan Kamaruddin Hassan (13)
  2. Faiz Al-Faruqi Faiz Al-Faruqi (4)
  3. DLSJ Sahrul DLSJ Sahrul (3)
  4. Fauzi ahmad Fauzi ahmad (3)
  5. mohamad azfar mohamad azfar (3)
  6. azfar azfar (2)
  7. Hafiz Hafiz (2)
  8. hafizahazlan hafizahazlan (2)
  9. Joe Joe (2)
  10. Master Yus Master Yus (2)
  11. shahrulfaizi shahrulfaizi (2)
Sponsor