Dari Kosong Sampai Jutawan
Hari ini saya ingin minta maaf kerana tidak update blog baru-baru ini. Ini disebakan batuk yang berlarutan. Anda jangan ingat ini batuk biasa kerana batuk ini amat ganjil sekali.. iaitu batuk jutawan
hehehe.. Anda tidak percaya?? Jangan bimbang kerana nanti anda akan alami seperti mana saya alami
Baiklah, hari ini saya akan ceritakan pada anda peristiwa 17 Januari tahun 2010. Peristiwa ini sangat penting buat semua.. Pada 17 Januari, berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar-gambar kenangan manis buat anda semua.
Antara speaker yang terlibat adalah (dari kiri) Irfan Khairy, Billi Lim, Azman Ching, Chef Li dan Abang Abu.
Tahniah pada kelima-lima jutawan kerana memberi idea bernas. Jasamu tak dapat dibalas dengan wang ringgit … Banyak idea untuk biz akan datang dan semangat kita pun bertambah untuk maju kehadapan. Peluang dapat berjumpa jutawan memang sangat mengujakan. Ia satu inspirasi dan motivasi bagi kita yang masih baru berjinak-jinak dapat perniagaan. Memang tidak boring dengan tip mereka malah mereka juga berjaya membuatkan kami ketawa tidak kering gusi
Saya ingin ucapkan terima kasih pada Abang Abu iaitu Jutawan Singapore yang merupakan sahabat baik saya kerana sudi memperkenalkan saya pada semua hadirin disana. Beliau sanggup menolak kerusi roda saya di atas pentas dan menyampaikan pesanan pada mereka yang hadir. Kata Abang Abu ” Ini bukan OKU tapi Anugerah Allah”. Selepas waktu rehat konvesyen, semua berebut-rebut ambil gambar bersama saya untuk dijadikan motivasi. Selain itu mereka minta business card saya untuk sebarang perkhidmatan yang saya tawarkan. Selama 2 jam mereka bertukar-tukar ambil gambar bersama saya dan selama 1 jam saya ditemuramah oleh peserta yang hadir. Apa yang mereka tanya ialah “bagaimana arsyad boleh buat duit di internet dan kejayaan dalam dunia internet”. Mereka kagum dengan cerita saya. Ada yang menjemput saya buat workshop di kolej mereka.
Yang paling saya gembira sekali ialah, saya dapat jumpa semua usahawan tak kira sama ada jualan online @ ofline.
Kenapa saya pergi konvensyen tersebut?
Kerana saya ingin belajar minda jutawan dan bagaimana mereka boleh berjaya di dalam pelbagai bidang berlainan.
Dan saya tahu untuk saya belajar strategi dan rahsia jutawan ini, saya tak boleh duduk diam di rumah sahaja. Ada lagi banyak kriteria yang diperlukan untuk berjaya seperti “networking”, peluang yang sesuai, minda yang positif, tindakan yang cepat dan tepat dan banyak lagi.
Bagi yang tak menghadiri, disini saya sertakan nasihat & kata-kata semangat dari 5 jutawan untuk dikongsi bersama;
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat Billi Lim:
1. Jangan jadi kulit nipis, jadilah kulit tebal.
2. Jangan malu untuk ditertawakan
3. Dalam hidup kami boleh gagal, tapi jangan putus asa.
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat Dr. Azman Ching untuk renungan bersama:
1. Orang Miskin bukanlah orong yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka tidak mempunyai impian.
2. Tak ada biz yang gagal, yang gagal hanyalah manusia.
3. Untuk mendapat kejayaan kita perlukan pengetahuan. Untuk mendapat pengetahuan kita perlukan sikap yang baik.
4. Kata2 Mohammad Ali (Juara Tinju Dunia), ONE MORE ROUND !!!
5. CHANGE YOUR ATTITUTE AND YOU CHANGE YOUR LIFE !!!
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat Abg Abu untuk renungan bersama:
1. Jangan percaya sesiapapun. Selagi tak faham, jangan percaya.
2. Setiap kali duit kita pergi, catitkan kemana ia pergi
3. Jika ada impian, pastikan kita buat …
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat Irfan Khairy untuk renungan bersama:
1. Nak jual apa di internet, menjual produk informasi kerana 100% keuntungan milik kita.
2. Antara manfaat ebook; memaksimumkan pendapatan, MSOI, Residual Income dan yang paling penting ia produk paling laris di pasaran …
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat Chef Li untuk renungan bersama:
1. Pilih produk paling selamat untuk apa jua jenis perniagaan yang diceburi.
2. Konsep pemasaran mesti betul
3. Masa depan perniagan yang kita pilih.
Itu saja yang saya sampaikan, semoga tip ini diamalkan oleh anda semua.
—————————————————————————————————–
ps: Tidak lama lagi produk saya dan Abang Abu akan menggegarkan Malaysia Dan Singapore.
© 2010, Master Arsyad. All rights reserved.





Salam saudara Arsyad,
Saya ada dua (2) keping biz card saudara. Pada hari konvensyen tu dulu, saya beli buku “Dare To Fail” oleh Billi Lim. Ni tengah baca. Dia ada kata, kita boleh “gagal” sebanyak 4x sahaja. Selepas tu, kita kena tukar biz lain pula.
Selamat maju jaya.
Master Arsyad Reply:
February 15th, 2010 at 9:19 PM
salam tuan kamaruddin..
bagus tu.. kita pasti berjaya dengan strategi yang betul.. semoga tuan berjaya