Kenali Insan Ini

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Mohd Arsyad Bin Mohd Yusuf.  Saya pernah terlibat dalam dunia internet sejak 2008 lagi. Saya mendapat gelaran “Master” kerana pernah terlibat dalam rekaan grafik buat warga universiti. Dari situlah mereka memanggil saya “Master”.

Dalam dunia nyata mereka memanggil saya orang kurang upaya atau dikenali sebagai Warga OKU. Saya ingin buktikan pada dunia bahawa cacat bukan penghalang dalam perniagaan. Saya juga berharap agar pengunjung blog tidak memandang hina pada orang seperti saya.

Saya minat berniaga. Berimpian besar mahu jadi seorang jutawan yang berjaya! Amat meminati, bersungguh dan penuh komitmen di dalam bidang perniagaan Internet. Kepakaran saya ialah menulis ebook, mencipta grafik dan membina web MLM, shopping cart  serta minisite.

Pernah menerima tempahan dari pelajar unversiti serta ahli perniagaan dalam membina grafik dan web yang bermutu pada awal tahun 2009.

Saya juga pernah dijemput ke beberapa buah sekolah untuk menyampaikan motivasi dan tip kejayaan kepada pelajar dan guru.

Selain perniagaan internet, saya merupakan seorang guru al-quran yang diiktiraf oleh Mufti Kedah. Dengan sijil yang ditauliahkan, saya membuka pusat pengajian al-quran dirumah sejak tahun 2007. Saya juga berhasrat mengembangkan pengajian al-quran online satu hari nanti.

Pada awal Januari, saya berjaya menjana wang melalui internet dan hati saya benar-benar gembira. Saya bercadang membuat ebook dan video bagi membantu mereka yang ingin menjana wang melalui internet.

Saya juga mahu memotivasikan orang lain agar hidup mereka walau kempis poketnya, tapi tenang dan gembiranya jiwanya… Biarlah hanya secebis kata-kata, tapi jika ia mengembirakan orang lain, saya turut sama berkongsi kegembiraan itu.

Semoga anda sudi berkawan dengan saya dalam dunia internet atau dimana-mana saja tanpa memilih rupa dan paras :)

Dari setulus jiwa dan seikhlas hati.

- Master Arsyad -

Pekerjaan Sekarang :

  • Pereka Web
  • Designer
  • Pereka Sistem
  • Pengurus & CEO di syarikat BMA
  • Pendidik
  • Guru Quran
  • Pendakwah
  • Trainer @ Motivator
  • Konsultan
  • Penulis Bebas
  • Jurulatih Internet
  • Pakar Ebook
  • Usahawan Perniagaan Internet

master arsyad

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

[+] kaskus emoticons

Produk Master Arsyad

Sedang Intai Blog Ini
Perhatian
Sila guna mozilla firefox @ google chrome agar anda nampak web yang cantik. Internet explore tidak bagus melihat web ini. Anda akan nampak perbezaan mozila firefox @ google chrome Vs Internet Explore.
Jadi Fan Club, Dapat Duit

Untuk tutorial sila klik sini

Nak Duit!! Klik Sini
Daftar Email

Masukkan email anda untuk mendaftar (percuma) di bawah supaya mudah untuk anda mendapat berita dan artikel terkini dari blog Master Arsyad. :

Isikan Email Anda Dan Klik Subscribe

Tulisan Master
Jom Jadi Member
Komen Paling Tinggi
  1. Kamaruddin Hassan Kamaruddin Hassan (13)
  2. Faiz Al-Faruqi Faiz Al-Faruqi (4)
  3. DLSJ Sahrul DLSJ Sahrul (3)
  4. Fauzi ahmad Fauzi ahmad (3)
  5. mohamad azfar mohamad azfar (3)
  6. azfar azfar (2)
  7. Hafiz Hafiz (2)
  8. hafizahazlan hafizahazlan (2)
  9. Joe Joe (2)
  10. Master Yus Master Yus (2)
  11. shahrulfaizi shahrulfaizi (2)
Sponsor