Kisah Sensasi :)
assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera buat rakyat Malaysia dan Singapore.. Hari ni saya nak kongsi artikel dari akhbar singapore iaitu berita harian singapore.. Sebelum itu, saya nak maklumkan tempat workshop bsama abang abu yang di sayangi
GARAJ WANG @ SINGAPORE( 13th Feb 2010) Saturday , Sabtu
TEMPAT : WISMA INDAH, #03 – Besebelahan MASJID KASSIM ,
Masa : Sesi 1 230pm to 530pm , sesi 2 , 730pm to 1030pm
Daftar : 62200701 call, sms 91463164 or 83647260
Baik, sila baca laporan akhbar d bawah yang ditulis oleh wartawan Rosebi Mohd Sah..
EKONIAGA
Usahawan istimewa kongsi cara buat duit menerusi e-book dalam seminar
Belajar sendiri selok-belok Internet dan hasilkan buku untuk peroleh $5,400 sebulan
Oleh
Rosebi Mohd Sah : BELIAU terpaksa berkerusi roda sejak berusia empat tahun kerana menghidap penyakit berkaitan saraf.
Namun, itu tidak menghalang Encik Mohd Arshad Mohd Yusof, dari Kedah, menjadi mahir dalam bidang Internet.
Usahawan istimewa yang kini berusia 23 tahun itu, yang juga seorang guru mengaji, belajar sendiri kursus-kursus Internet secara dalam talian selama setahun lebih untuk meningkatkan kemahirannya dalam pelbagai bidang Internet.
Dengan kemahiran IT itu, beliau, yang suka mengarang buku dalam bahasa Melayu di Malaysia, kini dapat menjual hasil karyanya menerusi Internet dan menjana sekitar RM13,000 ($5,400) sebulan.
Antara buku yang beliau hasilkan berkaitan motivasi peningkatan diri, merancang kewangan, bagaimana berfikir secara minda genius dan bagaimana membuat dan mereka laman dan blog.
Encik Mohd Arshad akan berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran yang diperolehi dan memanfaatkannya dengan menjana kewangan menerusi penjualan beberapa karyanya menerusi e-Book pada Sabtu ini di Wisma Indah, Changi Road..
Kursus selama tiga jam anjuran syarikat motivasi NowAsia itu diadakan dalam dua sesi – dari 2.30 petang hingga 5.30 petang, dan 7.30 malam hingga 10.30 malam.
‘Saya mempelajari dan mendalami pelbagai kursus di Internet sendirian selama setahun lebih mengenai pelbagai aspek Internet dan memanfaatkan kemahiran saya, terutama dalam menulis pelbagai jenis buku yang saya pasarkan menerusi e-Book di Internet.
‘Walaupun dalam keadaan fizikal saya yang kurang sempurna ini, saya berupaya menjana RM13,000 sebulan.
‘Itulah antara yang saya ingin kongsi dalam ceramah saya itu nanti walaupun saya tidak berpelajaran tinggi dan banyak kekurangan,’ katanya semasa dihubungi Ekoniaga menerusi panggilan jauh.
Seorang lagi penceramah ialah Encik Abuayubul Ansari atau lebih dikenali sebagai Abang Abu dari NowAsia.
Beliau akan menyentuh tentang konsep Enjin Wang dan Kompas Wang – cara-cara ‘merawat’ dan memperbetulkan perbelanjaan wang serta cara menjana wang.
Bayaran $51 dikenakan bagi setiap peserta tetapi bagi kumpulan tiga orang diberi diskaun dengan bayaran $42 setiap seorang, sementara bagi kumpulan lima orang pula, $33 setiap seorang.
Para peserta akan turut diberikan buku kompas wang Abang Abu, buku cara menggunakan e-Book oleh Encik Mohd Arshad dan poster tentang Enjin Wang.
Mereka yang berminat menghadiri seminar dalam bahasa Melayu itu boleh menghubungi NowAsia di talian 6220-0701 atau 9146-3164 atau 8364-7260.
Sekiranya anda nak baca akhbar, sila klik imej cyberita di atas..Itu saja berita terkini.. anda ade komen??
© 2010, Master Arsyad. All rights reserved.





Salam Arshad.
I was reading ur article in the news.
You really made US$5000 plus? How did you do it?
Congrats bro.
Master Arsyad Reply:
February 12th, 2010 at 11:07 AM
Salam En Ayub,
thank you for visiting my blog. yes.. really.. i sell my ebook.I hope you can come to my seminars to learn my secret.
Salam Tuan Arsyad.
Berdasarkan pengalaman dan kejayaan yang Tuan peroleh. Ia telah banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dengan tidak memberikan alasan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian.
Saya yakin kekurangan yang Tuan alami pasti ada hikmahnya. Sebagai seorang Islam, saya percaya Allah S.W.T telah mengatur ini semua dengan kekuasannya.
P.S: Ingin sekali saya berjumpa Tuan Arsyad jika Tuan berada di Kuala Lumpur. Insyaallah.
Master Arsyad Reply:
February 15th, 2010 at 9:27 PM
salam tuan aqif.. trima kasih kerana sudi singgah blog saya.. memang saya d panggil OKU oleh semua masyarakat tapi orang pertama yang anggap saya selain OKU adalah abang abu sendiri.. dia kata, saya adalah anugerah Allah dan inspirasi semua orang.. sejak itu kami ni jadi best friends
p:s – nak jumpa saya?? bleh.. bulan 3 nie saya akan buat workshop d KL
kalau ade masa lapang, dapatlah kita jumpa.. 
Salam Master Arsyad.. thank you for helping me a lot, just that only Allah can reward good service Asyad master. I can’t wait to hear news of the program 13th in the garage money singapore .. have free time, you update blog ya…tq
Master Arsyad Reply:
February 15th, 2010 at 9:17 PM
thanks..
Salam Sdr Arsyad,
Kalu nak buat workshop kat KL bulan 3 (Mac)nanti, iklankan awal2 sikit.
Biar ramai orang dapat datang, tapi kalu Sabtu atau Ahad, saya rasa no prob.
Masjid Kassim tu jauh dari Arab Street ke? Biasanya orang kita kalu pi S’pore, pi makan kat Arab Street, ada masjid Rahman kalu tak silap.
Master Arsyad Reply:
February 17th, 2010 at 6:11 PM
insya-allah, workshop akan di maklumkan dalam media massa. kita buat pada hari ahad @ hari sabtu..
memang dekat dengan arab street. restoran di situlah kami makan