Majalah Jutawan Sumber Informasi Usahawan
Ada apa dengan Majalah Jutawan :-
majalah ini sangat sesuai dibaca untuk semua golongan dan tidak semestinya anda seorang usahawan. Apa yang menariknya, Majalah Jutawan terlalu banyak informasi, tips-tips dan macam-macam lagi.
Saya amat sarankan anda membacanya kerana ia terlalu padat dengan informasi serta ilmu-ilmu untuk menjadi usahawan. Majalah ini juga turut membekalkan motivasi yang sangat berguna pada kita.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan majalah ini sila layari di http://www.majalahjutawan.com
Workshop Universiti Kali Pertama
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera… Pada hari sabtu lepas (29.5.2010) UTHM telah berkerjasama dengan saya untuk menganjurkan workshop usahawan dengan 8 Kaedah Kilat di universiti itu. seramai 25 peserta yang hadir yg terdiri dari pelajar dan pensyarah..
8 Kaedah Kilat paling hangat di Malaysia dan Singapore :-
- idea paling hot
- niche paling popular
- 10 tip kaedah menulis
- strategi web jualan
- 2 kaedah promosi
- 6 iklan hot
- kaedah pakar
- 5 pasaran internet terbaik
Pakar dalam Perniagaan

Hari kita nak belajar bagaimana mahu jadi pakar walaupun anda bukan pakar. Ramai bertanya pada saya, bagaimana mahu jadi pakar? Biar saya beritahu anda, nak jadi pakar dalam mana-mana bidang mesti memerah keringat dengan melakukan latihan demi latihan setiap hari. Ia bukan bakat semulajadi yang datang secara tiba-tiba.
Beberapa contoh yang dipetik hasil tulisan Roshan Thiran daripada Akhbar Starbizweek Sabtu 14 Februari 2009 benar-benar membuktikan teori bagaimana mencapai tahap pakar bukanlah melalui jalan pintas.
- Beatles telah melakukan persembahan selama 8 jam sehari 7 hari seminggu dalam perjalanan sebelum menjadi terkenal. Kumpulan ini telah membuat lebih 1200 persembahan sebelum nama mereka menjadi sebutan seluruh dunia.
- Warren Buffet, pakar dalam pelaburan menyifatkan displin, kerja kuat dan latihan yang banyak yang menjadikan beliau mencapai tahap ini.
- David Beckham memang terkenal dengan memiliki kemahiran sepakan percuma yang tepat. Menurut Sir Alex Ferguson; beliau berlatih dengan displin untuk mencapai tahap kemahiran ini. Selepas latihan harian, beliau masih lagi tinggal di padang untuk membuat latihan 500 sepakan percuma setiap hari, kira-kira 180,000 setahun. Kelab-kelab bolasepak Eropah terkenal telah melatih bakal pemain mereka semenjak umur 4 tahun lagi. Dan tidak mungkin Everton telah menemui Wayne Rooney ketika berumur 4 tahun.
- Lagenda bolasepak negara, Mokhtar Dahari menasihatkan agar sentiasa berlatih dan terus berlatih, kerana dengan banyak latihan akan banyak nasib yang baik akan ditemui.
- Gates melepaskan zaman remaja daripada bersuka-ria bersama rakan lain, beliau hanya menumpukan seluruh masanya dihadapan komputer membuat program-program komputer.
- Mozat mula mencipta lagi pada ketika umur 6 tahun dan menjadi pemuzik tahap profesional di peringkat antarabangsa pada ketika umur 21 tahun.
Bakat penting dalam sesuatu kerjaya, tetapi latihan yang berterusan adalah peranan utama membezakan tahap baik dan cemerlang. Kecemerlangan hanya boleh dicapai dengan latih tubi yang konsisten dan tabah menghadapi kepayahan. Melakukan sesuatu bidang dalam masa tempoh yang masih muda (500 jam hingga 1000 jam tidak termasuk waktu tidur) belum lagi membawa kita ke peringkat kecemerlangan. Teruskan memperbaiki mutu perniagaan kerana selepas tempoh 10,000 jam pasti kita sudah sampai ke tahap pakar !!!
Ebook Syurga Rumahtangga
Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,
Rumahtangga ibarat sebuah kapal yang meniti gelora.
Kadangkala bila dilanda badai, kita sukar mengawalnya.
Namun hakikatnya jika kita seorang nakhoda yang bijak, kita mampu menanganinya dengan apa jua pancaroba yang berlaku.
Didalam rumahtangga kita sebagai suami isteri haruslah bertolak ansur dan saling memahami.
Tetapi seringkali kita terbaca atau terdengar didalam media bahawa masalah keretakkan rumahtangga semakin berleluasa.
Kerana hakikat itu, Master Arsyad telah bekerjasama dengan seorang Jutawan dari Singapura untuk menghasilkan sebuah produk yang dapat membantu anda didalam melayari bahtera rumahtangga.
Produk terbaru ini diberi nama “Syurga Rumahtangga”.
Didalam ebook ini dibongkar antaranya:
1) 32 Petua Rumahtangga Bahagia
2) 12 Tanda-tanda Rumah Tangga Bahagia
3) 33 Petua tambat hati suami
4) 10 Sifat Wanita Solehah
5) Perbezaan Lelaki dan Perempuan
Pelbagai lagi rahsia kebahagiaan Suami Isteri dibongkarkan disini.
Konvesyen Jutawan 2
PELAJARI kaedah-kaedah mencapai kejayaan daripada 7 mentor JUTAWAN dalam masa 2 hari!
KONVENSYEN DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN 2
26 & 27 Jun 2010 : Kuala Lumpur : 9.00pg – 5.00ptg
Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan menyediakan penyelesaian kepada para usahawan (lama dan baru) untuk mempelajari ILMU, mendapatkan ‘NETWORKING’ dan mencipta KOLABORASI baru dalam pelbagai jenis industri dan perniagaan.
Kesimpulannya, DKSJ menggalakkan anda mengamalkan ILMU besama NETWORKING yang ada untuk mencipta KOLABORASI bagi menghasilkan perniagaan yang HEBAT.
Sila klik email d bawah utk lihat size besar
untuk maklumat lanjut boleh lihat sini :- http://kosong2jutawan.com/
Malah, saya juga akan berikan bonus pada anda.
= = = = = = =
SENARAI BONUS
= = = = = = =
1 – ebook buat duit dengan blog – percuma (asal rm40 – edisi 2010)
2 – diskaun tempahan bina web jualan RM150 (asal RM300)
3 – harga tiket adalah RM899, kalau anda beli pada saya harganya adalah rm799..
Anda sudah lihat bonus yang saya tawarkan?
Saya jarang lakukan perkara sebegini
dan saya pasti bonus saya ditambah
dengan konvesyen dari kosong sampai jutawan, pakejnya sudah
melebihi RM 1059..
Siapa berminat email saya..
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Adakah anda kenal siapa beliau. Inilah Biilionaire Melayu yang sebenar. Nama beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Walaupun saya tidak pernah jumpa dengan beliau namun semangat dan keyakinan beliau dalam sesuatu kerja memberi impak besar pada diri saya untuk jadi seperti beliau. Sekarang saya berusaha sedikit demi sedikit menubuhkan syarikat saya seperti mana kerja yang beliau lakukan. walaupun tidak sama tapi semangat seperti beliau mesti sama
Kalau saya jumpa beliau, saya suka berganding bahu dengan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary kerana kisah dia membuatkan saya bersemangat untuk menjadi seperti beliau malah berimpian untuk membina empayar terbesar satu hari nanti. Tujuan saya nak membina adalah untuk kepentingan orang ramai bukan untuk diri saya. Saya masih ingat 49 kata-kata hikmah dari beliau dan membuatkan saya tidak lupa tentag hidup ini dan impian saya, antara kata-katanya ialah :-
Workshop Malaysia Kali Pertama
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera… Pada hari ahad lepas (28.3.2010) Mymagneticmenu.com telah berkerjasama dengan saya untuk menganjurkan workshop usahawan ebook di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH). seramai 14 peserta yang hadir termasuk pelajar, pekerja dan wartawan dalam menuntut ilmu yang saya ajarkan selama 4 jam.
Semua peserta ini begitu yakin dalam 2 bulan mereka boleh hasilkan ebook masing-masing. ini yang membuatkan saya seronok
Inilah papan kenyataan workshop saya..
Workshop Usahawan Ebook
Usahawan Istimewa berusia 23 tahun, kongsi cara buat duit menerusi EBOOK untuk meraih pendapatan 5 angka sebulan.
Master Arsyad akan membongkar rahsia sambil berkongsi ilmu dan kemahiran pada 28 Mac ini di KLIH Kuala Lumpur.
Workshop anjuran MyMagneticMenu.Com ini akan diadakan bermula 9 pagi hingga 1 ptg.
Beliau akan menyentuh 8 KAEDAH kilat yang menjadi intipati workshop, antaranya:
- Idea Paling Hot
- Niche Paling Popular
- 10 Tips Kaedah Penulis
- Strategi Web Jualan
- 2 Kaedah Promosi
- 6 Iklan Hot
- Kaedah Pakar
- 5 Pasaran Internet Terbaik
Hadiah misteri bernilai RM70 serta diskaun 10% perkhidmatan pembinaan web dari Master Arsyad menanti peserta. Hadiah-hadiah istimewa juga akan diberikan kepada para peserta yang bertuah.
Untuk Maklumat lanjut sila klik Gambar dibawah
Usahawan Istimewa Pernah Raih RM13,000 Sebulan Niaga Ebook
( gambar bersama wartawan Encik Rosebi Mohd Sah)
Oleh
Rosebi Mohd Sah
ENCIK Arshad Mohd Yusof, 23 tahun, cacat anggota sejak berusia tiga tahun disebabkan menghidapi penyakit berkaitan saraf tulang belakang.
Namun, kekurangan fizikal itu tidak menghalang belia dari Kedah itu menjadi antara peniaga Internet popular di negaranya dengan menjadikannya kerjaya sepenuh masa.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Master Arshad kerana kepakaran dalam e-book (buku elektronik), pernah meraih RM13,000 sebulan menerusi perniagaannya menjual pelbagai buku karangannya sendiri menerusi e-book.
Master Arshad baru-baru ini berkongsi pengalaman dan kemahiran itu setelah diundang menjadi penceramah dalam bengkel bertajuk ‘Bagaimana Berniaga Menerusi E-book dan Pasaran Internet’ anjuran Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Yen@SMCCI.
Anak kedua tiga beradik itu berkata beliau menamatkan sekolah rendah dan menengah di Kedah dan kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah agama dan bahasa Arab selama dua tahun.
Menurutnya, semasa di sekolah agama, mantan guru agamanya, Allahyarham Ustaz Sha’ari Ishak, memberi dorogan kuat supaya beliau mendalami ilmu dalam bidang Internet kerana ia dapat membuka pelbagai peluang perniagaan bagi dirinya.
Encik Arshad dikenal pasti gurunya itu kerana kelebihannya dalam mengarang pelbagai buku cerita di samping penguasaan penulisan dalam bahasa Melayu.
‘Atas dorongan ustaz saya itu, saya pun mula meneroka dan mempelajari teknik berniaga menerusi Internet melalui YouTube dan laman blog menggunakan komputer riba yang dibelikan oleh ibu bapa saya.
‘Saya dengan penuh minat dan kesabaran mengambil masa hampir setahun mengikuti kursus itu secara bersendirian dengan menterjemahkannya daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu sehinggalah saya dapat menguasai kemahiran teknik berniaga,’ jelasnya.
Beliau pada mulanya menghasilkan pelbagai reka bentuk grafik yang boleh digunakan bagi kulit buku dalam e-book.
‘Saya mulanya memberi percuma dengan menghantar reka bentuk grafik kulit buku itu kepada ramai pengguna Internet yang berminat dengan reka bentuk yang saya hasilkan.
‘Sehingga 30 orang saya beri percuma sehinggalah teman baik saya menyarankan agar saya menjual hasil grafik saya itu bagi meraih pendapatan kerana ternyata terdapat permintaan yang tinggi,’ tambahnya.
Menurutnya lagi, sejak akhir 2008 hingga sekarang beliau menghasilkan lebih 300 reka bentuk bagi kulit buku yang dipasarkan.
Master Arshad kemudian mengembangkan bakat penulisannya dengan menghasilkan pelbagai buku cerita termasuk ceritacerita berunsurkan agama, cinta dan jenaka yang dijualnya menerusi e-book.
Katanya, e-book yang dipasarkan itu mendapat sambutan dengan pendapatan RM400 sebulam walaupun usahanya tidak begitu serius.
‘Sambutan awal itu memberi saya kepercayaan bahawa hasil karya saya itu boleh dijual dan saya mulai serius dalam bidang itu,’ tambahnya.
Beliau kemudian menghasilkan lima jenis buku dalam satu laman. Buku-buku itu termasuk buku motivasi, minda, kewangan dan soal bercinta.
‘Tidak terduga perniagaan saya meningkat dengan banyaknya daripada lima buku bahasa Melayu yang saya hasilkan itu.
‘Ia mendapat sambutan ramai pengguna Internet di Malaysia sehingga perniagaan saya mencapai kemuncak dengan menjana pendapatan RM13,000 sebulan pada Februari tahun lalu,’ tambahnya.











