Perniagaan Untuk Mahasiswa
Hari ini Master Arsyad ingin kongsi satu jenis perniagaan mahasiswa. Ramai yang tidak tahu bagaimana nak mulakan perniagaan ketika anda masih belajar.. Tanpa membuang masa, teruskan bacaan anda agar anda dapat memulakan perniagaan yang sebenar ketika kamu masih digelar pelajar dan mahasiswa.
Seorang rakan menyuarakan keinginan untuk memulakan perniagaan. Saya beritahu pada beliau bahawa perniagaan ini bukan magik tanpa risiko dan beliau perlu berani dan perlu bermula. Ingatlah kata-kata hikmah ini wahai rakan-rakanku disana :-
Kita tidak perlu kuat untuk bermula tapi kita perlu bermula untuk kuat.
Di sini Master Arsyad ingin senaraikan perniagaan mudah yang boleh anda jalankan dengan modal yang minimum. Ingat ini, prospek anda adalah rakan-rakan dan penghuni kampus sekeliling anda.. Letakkan 1 matlamat iaitu ambil duit mereka secara sah..
1 – Kelas tambahan
Jika anda pelajar universiti atau kolej, Master Arsyad jamin ini adalah peluang baik buat anda untuk memulakan perniagaan yang mudah berdasarkan kepakaran anda.
Sebagai permulaan, pilih satu subjek yang anda rasa mampu untuk jawab soalan yang diajukan oleh mereka (pelajar anda). Selepas itu, anda buatkan iklan yang anda tawarkan seperti private tutoring di rumah anda, rumah pelajar @ di kafe kampus. Luangkan sejam atau dua jam setiap minggu.
Mula-mula memang susah untuk dapat pelajar pertama. Tetapi selepas itu, jika perkhidmatan anda lebih baik dari guru sekolah maka pelajar akan cari anda.
Anda bukan sahaja boleh menjadi seorang guru tuisyen yang sangat berkesan, malah pendapatan Anda juga akan meningkat berkali ganda akibat meningkatnya kadar bayaran sejam dan meningkatkan jumlah pelajar yang mahu menjadi pelajar anda.
2 – Makanan
Bab ini sangat mudah dilakukan oleh mana-mana pelajar atau mahasiswa. Contoh yang Master Arsyad ingin samapaikan ialah menjual nasi lemak tanpa modal. Ya!! anda tidak perlu keluarkan modal untuk menjual nasi lemak sebaliknya anda cari peniaga di tepi jalan yang menjual nasi lemak & tanya mereka jika mereka berminat untuk
sediakan produk mereka dalam jumlah yang banyak. Nyatakan juga yang anda mahu membeli dengan harga pukal.
Katakan kebiasaannya nasi lemak yang mereka jual RM1.00, anda katakan yang anda mahu ambil RM0.80 setiap satu — tetapi secara pukal.
Lantik beberapa wakil jualan dalam kampus untuk mengedarkan nasi lemak ini dari bilik ke bilik & benarkan mereka untuk jual pada harga RM1.20. Katakan kampus anda mempunyai 5 blok
kediaman & hantar 40 bungkus nasi lemak setiap hari ke setiap blok.
Untung anda adalah RM0.20 X 200 X 30 hari = RM1,200. Pelajar
universiti adalah manusia biasa yang perlukan makanan untuk terus hidup. Sifat malas itu biasa & mengapa tidak kita hantarkan makanan ke bilik mereka untuk RM0.20 ekstra?
Kesimpulan :-
Perniagaan akan mengubah pandangan anda terhadap kehidupan. Makan gaji bukan satu-satunya cara untuk anda hidup selesa & ada sekuriti. Jika anda luangkan masa satu jam setiap hari untuk berfikir bagaimana untuk bermula menarik RM1 setiap hari, dalam masa setahun, RM100 sehari bukan sesuatu yang mustahil. Dan, ketika itu, apa yang anda perolehi lebih dari gaji permulaan purata seorang pemegang ijazah.
Yang penting anda perlu bermula. Jangan bagi alasan kerana alasan hanya untuk mereka yang hidup dalam pemikiran orang lain.
** Apa pendapat atau idea anda mengenai tip yang Master Arsyad beri ini?? Sekiranya, anda mempunyai pelbagai jenis idea, jangan segan untuk kongsi ilmu ya
© 2009 – 2010, Master Arsyad. All rights reserved.





Master Arsyad,dimana tempat yang sesuai untuk mendaftar perniagaan untuk mahasiswa?
Master Arsyad Reply:
June 1st, 2010 at 11:20 AM
ohh, itu boleh rujuk pada HEP di universiti